Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Main Badminton Ramai-Ramai Masa PKP, Serius Lah?

Nak masuk 3 minggu dah PKP Penuh, masih ada yang degil langgar SOP!

Apa nak jadi dengan segelintir masyarakat kita ni?

Advertisement

Terbaru, 32 individu dikompaun RM1,500 seorang sebab main badminton ramai-ramai di sebuah gelanggang di Johor Bahru! Serius lah?

main badminton ramai-ramai masa pkp, serius lah?

Tengok gaya ni bukan niat nak bersenam ni, memang sengaja nak berkumpul dan beriadah ramai-ramai.

Dalam SOP PKP, dah digariskan dengan terang dan nyata, hanya aktiviti bersenam dan berjoging dalam kawasan kejiranan sahaja dibenarkan.

Mesti ada jarak fizikal sekurang-kurangnya 2 hingga 3 meter dan dihadkan antara pukul 7 pagi hingga 8 malam.

main badminton ramai-ramai masa pkp, serius lah?

Tolonglah patuh dengan SOP, benda mudah pun tak boleh ikut? Come on..

Bayangkan ada salah seorang dalam kalangan 32 orang tu positif Covid-19, bukan ke semua automatik jadi kontak rapat, lepastu bawa balik virus ke rumah dan membahayakan keluarga.

Jangan pentingkan diri sendiri, please?

Sabar, tak lama lagi kita pasti akan dapat kembali ke norma kehidupan asal kita sebelum adanya Covid-19 ni.

Yang penting kita sama-sama jaga SOP dan dapatkan vaksin segera!

 

Oleh: Izzati Amir

Advertisement