Nama dua selebriti tanah air iaitu Janna Nick dan Amelia Henderson tiba-tiba menjadi topik bualan ramai di Twitter.
Advertisement
Ia selepas satu klip teaser podcast Studio Sembang yang menunjukkan Janna sebagai tetamu jemputan bagi podcast kendalian Amelia itu sedang menerangkan tentang ‘work-life-balance’.

Dalam klip itu, Janna tampil dengan pendapatnya yang dia mendapat ‘work-life-balance’ selepas mencapai beberapa target pada usianya 28 tahun.
“I macam perasan yang generasi masa sekarang mahu ada ‘work-life-balance’.
“Sorry ya, aku ‘work-life-balance’ tu masa umur aku 28 tahun, sekarang. Lepas aku dah ada certain amount (duit), lepas aku dah beli dua rumah, lepas aku dah ada kereta.
“Saya tidak cakap ini untuk berlagak, tapi saya boleh rileks sekejap selepas saya ‘secure’ certain things dalam kehidupan saya.
“Kalau kau masih belum capai ‘first goal’ dalam kehidupan, janganlah terfikir untuk ada ‘work-life-balance’,” demikian menurut Janna.
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian 😅 ha dah tengok ke belum episod ni? #jomsembang on @youtube @spotify & @applepodcasts !#studiosembang pic.twitter.com/JFYHBKxEdE
— Studio Sembang (@studiosembang) April 1, 2023
Klip pendek berdurasi 59 saat itu menjadi tular sejak Sabtu dan netizen tampil dengan pelbagai pendapat berbeza.
But she was laughing right after saying that today’s generation wants work life balance? Like what was so funny about that 😭 https://t.co/SUzTf80WwP
— 🏴 na’imah 𓃺 (@naimahsalimah) April 3, 2023
I thought Amelia Henderson is the one celebrity who is supposed to be brilliant??? https://t.co/dRrhdfD5jT
— sya 🇵🇸 (@wheeinsunbae) April 3, 2023
You mock them but I had never of Amelia Henderson up until you tweeted this. And she's just earned herself a new follower. Listen to her other podcast eps. She's good. https://t.co/BRetJVPiVP
— Hazween S Hassan (@Hazween_Syarina) April 3, 2023
Janna Nick and Amelia Henderson, life goal masing masing lain lain ye. Bukan semua orang aim nak ada dua bijik rumah macam kau. So stop defining apa Work Life Balance should be to everyone. Shut up.
— Amer Al-Jeffrey (@amer__aljeffrey) April 3, 2023
Amelia Henderson juga dilihat membuat beberapa ciapan dengan membalas komen dari netizen. Malah, nama Amelia dan Janna telah menjadi trending di Twitter sejak tularnya video itu.



Sumber: Twitter