Penyanyi, Nuha Bahrin baru-baru ini telah mengubati kerinduan peminatnya menerusi sebuah video di Tiktok.
![nuha bahrin ubat rindu peminat nyanyi lagu arab, sebutan dipuji jelas dan fasih [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Feb/12/screenshot-2024-02-12-at-8-31-59-am.png)
Dalam video tersebut, pemilik nama sebenar Nuha Shakina Saiful Bahrin itu dilihat mendendangkan lagu berbahasa Arab berjudul Sabry Aleel, nyanyian asal Sheeine dengan cukup fasih.
Advertisement
![nuha bahrin ubat rindu peminat nyanyi lagu arab, sebutan dipuji jelas dan fasih [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Feb/12/screenshot-2024-02-12-at-8-32-47-am.png)
Malah, peminat turut memuji penyanyi berusia 22 tahun ini kerana sebutan Arabnya kedengaran sangat jelas dan alunan suaranya juga semakin sedap dan bagus.
![nuha bahrin ubat rindu peminat nyanyi lagu arab, sebutan dipuji jelas dan fasih [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Feb/12/screenshot-2024-02-12-at-8-33-15-am.png)
Ada juga peminat yang berharap agar Nuha kembali melancarkan single berbahasa Arab seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini.
@nuha_bahrin This song is turning me into a very angry gayll😤😮💨 #sabrialeel #arabsongcover ♬ original sound - Nuha Bahrin
Sumber: Tiktok