
Laptop di atas meja, nota berkeliaran, makanan dan minuman ditepi. Tak boleh dinafikan lah, semua orang pernah buat perkara ni. Lagi-lagi pelajar universiti, tapi kena lah ada batasnya. Tak boleh nak mengharapkan suasana seperti di perpustakaan.
Advertisement
Seorang pengguna Twitter, Cik Anas berkongsi kisah sekumpulan pelajar di restoran McDonald’s yang menarik perhatian netizen.
I saw this pic , i ade story sikit, that time i dgn my friend ke mcd sec26.. tgh que nk order nmpk la ade 1family ni ber5 ade ank kecik 4-7 tahun 2 org & another 1 umur 12 tahun cmtu Chinese* pic.twitter.com/OnANpM0vUr
— Cik Anas (@anas_cik) January 28, 2020
Dalam bebenang tersebut, Cik Anas menyatakan bahawa sekumpulan pelajar tersebut yang belajar di McD menegur anak-anak kecil yang sedang bermain dengan nada yang kasar kerana membuat bising.
Dgn nada agak kasar* ade sorang budak perempuan dri group student tuh sounds Chinese yg tgh gelak2 smbil pegang gadget tu *Boleh tolong senyap x? Both of u disturbing our study.. kitorang x fokus.. kuat ye* die sound, kuat* smua org tgok pompuan yg sound tuh..
— Cik Anas (@anas_cik) January 28, 2020
Tetapi perbuatan tersebut tidak dilepas pandang oleh seorang wanita yang menegur balik pelajar tersebut dengan menyatakan “Ini tempat makan, bukan tempat study. Kalau nak study, pergi library.”
Bebenang tersebut mendapat banyak tindak balas daripada netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing. Ada juga yang memberi tips kepada pelajar yang ingin belajar di McD untuk memilih waktu yang sesuai.
Tbh, aku pon ada study jugak dekat mcd, but never once in my life rasa its my place to complain kalau bising, i just simply walk away, and kalau nampak crowded pon I walk away. It isnt my place to study at the first place so why complain? Tak suka blah, jngan kacau orang lain.
— Iqbal 🌐 SUK (@houdido609) January 28, 2020
Aku pernah study kat mcd, bukan study, siapkan assignment sebab uni takde tempat yg 24hrs and groupmates mix esaimen pun berlambak so end up mcd la jawabnya. Tapi aku tak kisah pun kalau orang nak buat bising sebab mmg tu tempat public pun.
— Chajaa | @lovelylouvres (@syaazabalqis) January 28, 2020
nak study tak ada masalah, yang jadi masalahnya bila ada study group tapi lepak je tak buat kerja.
— 𝖺𝗅𝗂𝖿𝗆𝖾𝗀𝖺𝗍 (@alifmegat) January 29, 2020
for me nak study kat mcd boleh tapi tengok timing la. kalau study time dinner hour family ramai semua or lunch hour tu , memang bodoh la 😒 datang la late night ke sebelum subuh ke , konfem takde org kacau 💁🏻♂️
— adli (@amenissurviving) January 28, 2020
McD ni ada waktu² dia nak pakai utk study.
— Ajiq (@MurderMessiah) January 28, 2020
Org tgh ramai tu, common sense ler skit
Main priority dtg situ nk mencekik...ko dok ramai² situ, lama plak tu...buat naik darah org je
Dlm pkul 2 ke 4 pagi dtgle mcd blajau.
Ni time org lunch hour kau beriye² beno...jadahnye
Tbh aku pun study kat mcd gak kadang2 tapi x pernah expect org senyap kat tempat makan like pakai je lah earphones pastu acah2 study group kat mcd what a joke
— qayim_ (@qayim_) January 28, 2020
TIPS STUDY DI MCDONALD @McDMalaysia
— SYAHID (@syahidxx) January 29, 2020
P/S : MEMANG MCD BUKAN UNTUK STUDY. TAPI KITA BOLEH PILIH WAKTU KITA NAK GUNA RUANG TU UNTUK STUDY PADA WAKTU YANG SESUAI. PUKUL 8PM ORANG TENGAH NAK DINNER, TU YANG KAU NAK STUDY. NYAK CANTIK MUKA KAU. pic.twitter.com/smGBv1dn1p
Gambar yang digunakan oleh Cik Anas diambil oleh Tengku Ahmad Syafiq dan bebudak.kadbod.
Jadi persoalannya sekarang ini, sesuai ke tempat makan seperti McD dijadikan sebagai tempat belajar. Apa kata anda?
Sumber: Twitter Cik Anas