Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa bagi permohonan i-Sinar yang diluluskan pada Januari 2021, pembayaran bagi Mac akan diawalkan kepada minggu akhir bulan Februari, iaitu sepanjang minggu ini.

Menurut KWSP dalam satu hantaran di Twitter, pembayaran yang diawalkan ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac ini.

Menurut KWSP dalam satu hantaran di Twitter, pembayaran yang diawalkan ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac ini.
Pembayaran i-Sinar seterusnya akan dibuat pada bulan April. Pembayaran awal ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-Sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac.#isinar #kwspisinar #kwspinfo #kwspahli
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) February 24, 2021
Tambah lagi, pembayaran i-Sinar yang seterusnya akan dibuat pada bulan April.
Rujuk laman sesawang KWSP untuk maklumat lanjut.
Sumber: @KWSPMalaysia