Sebanyak satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, pada jam 8.12 pagi tadi.

Jumlah 1 juta dos vaksin itu merupakan daripada kumpulan awal 80 juta vaksin buatan AS yang dijanjikan kerajaan Joe Biden bulan lalu untuk perkongsian global.
Advertisement
Turut bersama menyaksikan ketibaan bekalan itu adalah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Duta AS Ke Malaysia, Brian McFeeters.
Pesawat Raya Airways TH 384 yang membawa sejuta dos vaksin Pfizer dari Amerika Syarikat tiba di Kompleks Raya, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 8.12 pagi pic.twitter.com/mb98xCXzWA
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) July 5, 2021
Khamis lalu, Malaysia turut menerima 1 juta lagi dos vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca sumbangan Jepun.
Sumber: Astro AWANI
Foto: Twitter @usembassykl