Pelakon, Datin Intan Najuwa kini merupakan isteri kepada seorang ahli perniagaan, Datuk Ashraf Azman.

Semenjak berkahwin, Intan dilihat sering memasak untuk suaminya dan turut berkongsi video memasak menerusi media sosial.
Advertisement
Tular di media sosial Tiktok, video memasak yang dimuatnaik Intan Najuwa telah mencuri perhatian ramai.

Mendapat lebih 3.5 juta tontonan, Intan dilihat memasak ayam masak kicap, permintaan suaminya itu meskipun pada ketika itu katanya jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam.
“Hmm lelaki memang camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetiba dia request ayam masak kicap pukul 12 am,” kata Intan Najuwa.
Hmm lelaki mmg camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetibe dia request ayam masak kicap kul 12am 😅🥲
Video berkenaan mencuit perhatian warganet yang rata-rata bersetuju dan berhadapan dengan perkara sama seperti yang dialami Intan Najuwa.
“Selalu minta meggi je, ni rare tau nak ayam masak kicap”
“Suami saya tak cakap lapar, dia akan tanya sayang tak lapar ke, taknak makan ke. Padahal dia yang lapar”
“Aah orang laki memang macam tu, kita dah baring tarik selimut, tiber nak air tea panas, goreng nugget”-kata mereka.
Dalam video berbeza, kelihatan juga Intan ligat memasak di dapur ketika jam menunjukkan pukul 1 pagi.
pukul 1 pagi masih meriah siap dengan marinated chicken sekali 😂 mampuihhhh diet camni
Sumber: Tiktok Intan Najuwa