
Siapa je yang tak excited apabila dapat lesen kan? Mesti setiap orang ada kisah dan pengalaman tersendiri tentang perjalanan mereka dalam menyiapkan lesen memandu.
Advertisement
Seorang wanita di twitter telah berkongsi satu kisah yang agak lucu tentang pengalamannya menyiapkan lesen memandu. Bebenang yang ditulis oleh pengguna twitter dengan twithandle @nabihahaiman ini mendapat lebih 13 ribu RT dan 30 ribu tanda suka.
Disebabkan COVID-19 masih belum pulih sepenuhnya, jadi belia mengambil langkah selamat dengan memakai penutup mulut dan hidung (mask). Bagaimanapun, ketika pegawai JPJ memintanya untuk mengambil gambar untuk lesen memandu, beliau terlupa untuk menanggalkannya.
Lesen PKP yalllll. Korang adeeeee keee 😭😭😭😭😭😭 pic.twitter.com/opAhy7VwwJ
— al (@nabihahaiman) June 28, 2020
Akibatnya, gambar lesen memandu itu telah disertakan sekali dengan mask yang dipakai olehnya. Selepas memperoleh gambar, barulah beliau terperasan akan kelainan pada lesen memandunya.
Bila pegawai yang jaga dekat pintu tu (yg bagi lesen baru ) tanya "awak tak buang mask ke masa snap gambar?" Baru la I PERASAN YANG MASK ADA DEKAT DAGU MASA TU. I pun cakap dkt pegawai tu "takpela encik,,buat kenangan lesen pkp"...bila lagi nak buat lesen pakai mask" 🤧🤧
— al (@nabihahaiman) June 28, 2020
Bagaimanapun dia tetap berfikiran positif dengan menganggap sebagai kenangan lesen memandu versi PKP.
Sumber: Twitter @nabihahaiman