Sejak akhir-akhir ini, cuaca pada waktu petang sering kali hujan dengan diselangi petir sambar menyambar.
Advertisement
Petir atau guruh ialah bunyi yang dihasilkan kilat, baik kuat berdentum mahupun deram-derum perlahan, bergantung pada sifat kilat itu dan jarak pendengar darinya.
Baru-baru ini, satu rakaman video dari dalam sebuah kenderaan telah merakam insiden dimana petir menyambar sebuah pokok yang berada ditepi sebuah jalanraya.

Jelas kelihatan dalam video tersebut, petir itu menyambar pokok lalu menghasilkan bunyi dentuman kuat seakan letupan bom hingga mengakibatkan percikan api terjadi.
Jarak pokok yang disambar petir itu tidak jauh daripada sebuah motor yang kebetulan melalui jalan tersebut.

Video yang mendapat jutaan tontonan di Tiktok ini telah menarik perhatian ramai dengan rata-rata meluahkan rasa takut dan juga syukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Live depan mata td. Bunyi mcm bom.... ##dashcam ##flash ##myvideo
โฌ original sound - ๐ บ๐ ด๐ น๐๐ ๐ฐ๐ ๐ ๐พ๐ ๐ฐ
Reply to @izalmailzal84 Sorry bang. timing x sama dgn front cam. Rear cam ยฑ20 saat ke dpn sbb edit pakai capcut guna overlay. Split x sama. ๐
โฌ original sound - ๐ บ๐ ด๐ น๐๐ ๐ฐ๐ ๐ ๐พ๐ ๐ฐ
โPanjang umur penunggang motor itu, lewat sediki sahaja,โ tulis Azizi9169
โโRespectโ pemilik motor itu, boleh kawal keadaan, bunyi petir kuat, naik motor pakai helmet tidak setara kereta,โ kata Shah Studio H07.
โSaya pernah jugak (mengalami) โexperienceโ (pengalaman) petir sambar buaian adik, mujur adik tiada dalam buaian itu. Namun bekas petir itu masih ada sampai sekarang,โ kata Yellow Teletubbies.