Nama Ziana Zain adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lantang dan merdu ini.

Disebalik kerjaya Ziana Zain yang masih mekar sehingga kini, siapa sangka figura ini rupanya berdepan dengan kisah sedih dalam kehidupannya.
Advertisement
Pendedahan itu dibuat Ziana Zain sendiri dalam program Next To Neelofa, mengenai kisah rumahtangganya yang pernah dilalui suatu ketika dahulu.

Menurut Ziana Zain, beliau sudah memendam lama apa yang berlaku dalam kehidupannya ini. Ujarnya, dia tidak akan pernah menghalang hubungan seorang bapa dengan anak-anaknya meskipun terpaksa berdepan ujian berat sepanjang 20 tahun mereka bersama.
Kisah dan pendedahan dibuat Ziana Zain ini telah membuka mata ramai pihak sehingga menyebabkan warganet berasa sebak. Malah, hos rancangan itu sendiri iaitu Neelofa dilihat turut mengesat air mata ketika mendengar kisah oleh Ziana Zain yang cukup mencabar ini.
“20 tahun bukan sekejap, bagaimana beliau pertahankan sehingga terlihat bahagian di media massa. Sedangkan beliau diduga maha hebat,” ujar salah satu komen warganet selepas melihat klip video program itu.
Rakaman video daripada program Next To Neelofa ini juga tular di media sosial sehinggakan mengundang hiba dalam kalangan warganet.
Saya berdoa bersungguh sungguh supaya tidak ada wanita di luar sana menghadapi situasi dimana suami sendiri , lelaki paling dipercayai menjatuhkan dan membuat kita rasa kita insan paling hina dalam dunia.
Kak ziana zain memang betul kuat🥺 pic.twitter.com/qujz43OLI9
— Jazz™ (@JazeeraJulaili) October 30, 2022
aku tak berapa gemar ayat ‘jaga aib suami” disebabkan ramai perempuan jaga aib suami lah perempuan banyak mental dirosakkan 🥲 tak dapat nak luahkan sesiapa at least macam ziana zain buat macamni dapat membuka mata semua orang https://t.co/a5nYXoAddu
— Ayana 🤍 (@YyanaKkefly) October 31, 2022
Ziana zain is truly a strong woman. Sedih tengok video yang dia share about her marriage’s story. Jangan la kahwin dengan orang yang panas baran sebab diorg tak fikir orang lain dah bila buat sesuatu. Yang dia fikir dia punya baran dengan amarah je 😩
— mira (@itsmirami) October 30, 2022
Sumber: Instagram