Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kembar Paling Seiras Di Dunia Tak Sanggup Berpisah, Sanggup Kongsi Teman Lelaki

Pasangan kembar, Anna dan Lucy DeCinque boleh dianggap sebagai pasangan kembar paling seiras di dunia kerana keduanya mempunyai wajah yang hampir 100 peratus sama.

kembar paling seiras di dunia tak sanggup berpisah, sanggup kongsi teman lelaki

Bukan itu sahaja, pasangan Anna dan Lucy ini tidak pernah berenggang atau berpisah sejak dari kecil hingga kini sudah dewasa dan berkongsi apa sahaja dalam hidup mereka bersama.

Advertisement

 

Mereka mendedahkan akan ke tandas bersama-sama, pakaian dan katil yang sama malah berkongsi juga teman lelaki yang sama iaitu Ben Byrne.

kembar paling seiras di dunia tak sanggup berpisah, sanggup kongsi teman lelaki

"Apabila dia (Lucy) ke tandas, saya akan pergi bersama. Begitu juga apabila mandi, saya turut ikut serta.

"Anda katakan apa sahaja, semuanya kami buat bersama-sama. Kami tak pernah berpisah. Kami menghidap gangguan kecemasan dalam perpisahan (separation anxiety). Kami terikat antara satu sama lain," demikian menurut Anna.

kembar paling seiras di dunia tak sanggup berpisah, sanggup kongsi teman lelaki

Meskipun ada pihak yang mengecam mereka berdua, namun itu tidak sama sekali memutuskan hubungan mereka sebagai kembar dan menjalani hidup dengan aman dan bahagia.

 

Sumber: Daily Star

 

 

Advertisement