Seorang lelaki dari India telah mencuri perhatian ramai kerana dilaporkan sudah satu dekad beliau mengangkat tangan kanannya dan tidak pernah sekalipun menurunkan ia.

Mahant Radheypuri Juna Akhara baru-baru ini menjadi tular di laman sosial Twitter kerana sama sekali tidak pernah menurunkan tangan kanannya itu sejak satu dekad lalu.
Advertisement
Mahant yang juga seorang sami melakukan sedemkian sebagai satu bentuk penghormatan kepada Tuhannya.
Guy from India hasen't put his arm down for 10 Years to honor his God 😱#amazing #india #pandit #guru #sacrifice #ENGvIND @unexpected_new pic.twitter.com/ldAVoXpMJi
— Next Level (@NextInteresting) September 24, 2022
Menurut beliau, apa yang dilakukannya itu adalah juga untuk mendapat perhatian daripada tuhannya dan sejak itu dia kekal dengan posisi tangan kanan berada di atas lebih daripada kepala. Katanya lagi, beliau juga sudah tidak lagi merasakan tangannya itu.
Beliau juga tidur dalam posisi tangan kanan berada ke atas dan mahu kekal seperti itu sehingga akhir usianya.
Apa yang dilakukan oleh Mahant ini bukanlah pertama kali seumpamanya. Beberapa tahun lalu, seorang lagi sami telah melakukan sedemikan sebagai tanda setianya kepada dewa dalam agama yang dianuti beliau.
Sumber: Oddity Central