Jika anda melihat kepada pentas besar ini, pasti anda membayangkan ia adalah sebuah acara konsert yang melibatkan artis ternama.

Namun ia sebenarnya adalah satu majlis berkhatan yang disambut secara besar-besaran hingga kelihatan bagaikan acara konsert dengan belanja mencecah lebih RM800 ribu!
Advertisement
Kejadian berlaku di Bandung, Indonesia selepas satu hantaran yang tular di Tiktok menunjukkan majlis berkhatan anjuran orang kaya disitu diadakan selama empat hari empat malam.
@gitopixel Jadi bagian dari hajatan sultan .. 4 hari 4 malam Di angkringan Teh Ita , support multimedia , Led , Lighting System #adella #angkringantehita #tehita #lalawidy #omadella ♬ Aa Ulah Depo Wae - rhoma irama
Majlis berkhatan itu turut disertai oleh kumpulan muzik Koplo dari Tuban, Jawa Timur dan penyanyi popular lain.
@gitopixel Membalas @k🏴☠️ berasaaa bgt konsernya 🔥 #adella #angkringantehita ♬ DJ Dalamo Dalamo By DJ Opus - DJ Opus
Menurut laporan, majlis yang diadakan oleh hartawan dari Bandung itu menelan kos 3 bilion Rupiah (kira-kira RM856,029) selama empat hari.

Tujuan majlis berkhatan itu diadakan begitu meriah adalah kerana jumlah tetamunya yang ramai dan mahu memberikan hiburan kepada penduduk setempat.
