Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Teknologi Baru? Penduduk Marah Dapat Jalan Tar Diturap Macam Kepingan Karpet

Kebiasaannya, penduduk sekitar akan meluahkan rasa gembira apabila mendapat jalan baharu yang diturap pada kawasan mereka diami.

 

Advertisement

Namun, berbeza dengan penduduk di sebuah perkampungan dekat daerah Maharashtra Jalna, India, apabila mereka berang selepas mendapati jalan raya baharu yang mereka peroleh rupanya sekeping karpet.

teknologi baru? penduduk marah dapat jalan tar diturap macam kepingan karpet

Menerusi video yang tular, beberapa penduduk menunjukkan jalan baharu yang diterima mereka itu boleh diangkat denga tangan, bagaikan kepingan karpet yang diturap dengan tar pada atasnya.

 

 

Bagaimanapun, menurut syarikat yang menjalankan projek ini, ia adalah salah satu teknologi baharu daripada Jerman.

Penduduk kampung enggan menerima penjelasan yang diberikan itu, dan nekad untuk mengambil tindakan lanjut terhadap kontraktor dan jurutera kerana merasakan tertipu.

 

Sumber: TOI

 

Advertisement