Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penduduk Berebut Tadah Cecair Keluar Dari Paip Disangka Susu, Rupanya Air Tercemar [Video]

Penduduk di bandar Bilari dekat negeri Uttar Pradesh, India baru-baru ini telah dirakam berebut mengumpulkan air yang keluar dari paip yang disangka adalah susu.

penduduk berebut tadah cecair keluar dari paip disangka susu, rupanya air tercemar [video]

Menerusi video tular, penduduk dilihat berlumba-lumba mengumpul cecair yang keluar daripada paip tersebut, malah ada yang juga dilihat meninumnya.

Advertisement

 

Situasi aneh itu telah menarik perhatian ramai, hingga kawasan paip itu dipenuhi orang ramai yang membawa botol sendiri untuk menadah cecair yang disangka mereka adalah susu.

penduduk berebut tadah cecair keluar dari paip disangka susu, rupanya air tercemar [video]

Bagaimanapun cecair putih yang disangka susu itu rupanya adalah air yang telah tercemar, menurut pihak berkuasa tempatan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, warna air itu bertukar putih selepas pam air tercemar disebabkan berlakunya kerosakan. Ekoran itu, sebuah syarikat air tempatan telah diarah melakukan pemeriksaan terhadap paip tersebut.

 

“Bekalan air hanya akan disambung semula selepas penilaian semula yang diperlukan telah dijalankan,” kata majistret sub-bahagian Bilari.

 

Sumber: Kosmo! / Tiktok

Advertisement