Hiburan
https://www.youtube.com/watch?v=Ew6hBamYX_g&t=1s
Confession Bilik Gelap kali ini menampilkan personaliti radio, pengacara dan penyanyi terkenal, Dina Nadzir yang sememangnya dikenali dengan personalitinya yang ceria dan penuh tenaga di hadapan ramai. Namun dalam episod ini, Dina membuka sisi dirinya yang jarang dilihat. Dalam suasana yang penuh emosi, beliau tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi tentang memori terakhir bersama arwah ayahnya, insan yang banyak menjadi kekuatan dalam perjalanan hidup dan kerjayanya selama ini.