Skip to main content

Advertisement

FAQ

  1. Apa ni SYOK?
    • SYOK BM - Platform hiburan dan gaya hidup tempatan. Oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia.
       
  2. Apakah jenis kandungan yang ada dalam SYOK? 
    • Semua benda yang korang suka. Ada video, gambar-gambar menarik, podcast, cerita-cerita yang terkini dan korang juga boleh menang pelbagai hadiah yang menarik.
       
  3. Macam mana nak guna website SYOK dengan lebih menarik?
    • Pertama sekali, korang pilih bahasa yang korang nak. Terdapat empat jenis bahasa iaitu Bahasa Inggeris (https://syok.my/en/), Bahasa Melayu (https://syok.my/bm/), Bahasa Cina (https://syok.my/cn/) dan Bahasa Tamil (https://syok.my/ta/).
      Lepas dah pilih bahasa, korang boleh tekan butang navigasi pada bahagian atas sebelah kiri untuk melihat kategori anda atau kalau korang bosan korang boleh cari benda yang korang minat dengan hanya scrolling je. Nanti jumpalah macam-macam kandungan yang menarik.
      Satu benda yang korang kena tahu, setiap kandungan berbeza mengikut pilihan bahasa masing-masing.
       
  4. Dekat mana lagi boleh jumpa SYOK ni?
    • SYOK bukan je ada website, tapi korang juga boleh dapatkan kemaskini SYOK melalui akaun Facebook, Instagram dan Youtube. Tapi yang korang kena tahu, kitorang ada aplikasi SYOK yang best. Sangatlah rugi kalau korang tak download aplikasi SYOK.
       
  5. Berapa kerap SYOK kemaskini kandungan? 
    • Sekerap yang mungkin. Kami akan pastikan segala berita terkini dan menari yang terjadi akan dikemaskini pada website SYOK. Maka, download aplikasi SYOK sekarang!
       
  6. Macam mana saya boleh hantar sebarang cadangan berkenaan kandungan atau hantar gambar yang menarik untuk dikongsikan pada laman website SYOK?
    • Korang boleh je hantar apa-apa cadangan atau video mahupun gambar yang menarik melalui Instagram atau Facebook SYOK! DM je kitorang, nanti akan ada orang yang akan melayan korang.
       
  7. Macam mana kalau saya terjumpa sebarang kesalahan pada laman SYOK? 
    • Haa jangan segan silu untuk pebetulkan kesilapan kami. Korang boleh je hubungi kami melalui Instagram dan Facebook pada bila-bila masa sahaja. Dengan sepantas kilat, kami akan perbetulkan segala kesalahan yang anda.
       
  8. Saya merupakan seorang PR, macam mana saya boleh hantar permintaan atau jemputan untuk produk atau majlis kepada SYOK? 
    • Kami sentiasa menanti ajakan anda sebab kami suka hadir ke mana-mana majlis. Korang boleh hantar jemputan ke email kami di hello@syok.my!
       
  9. Seronoklah website SYOK ni, boleh letak iklan ke?
    • Kami sangatlah mengalu-alukan sebarang bentuk iklan yang tidak menyalahi undang-undang. Jadi, kalau korang nak beriklan dengan kami hantar je segala butir-butir ke email hello@syok.my.
       
  10. Macam best je kerja dengan SYOK! Macam mana nak apply kerja sini? 
    • Kami mahukan orang yang kretif dan cerdas. Jadi, kalau korang jenis yang kami cari hantar je resume korang ke hello@syok.my.
       
  11. Macam mana saya boleh contact korang dengan lebih dekat? 
  12. Apa minimum sambungan internet yang yang diperlukan untuk layan aplikasi SYOK? 
    • Nak layan aplikasi SYOK ni korang hanya perlu pastikan sambungan internet sekurang-kurangnya 3G kalau menggunakan data telefon atau 1Mbps sekiranya menggunakan WiFi.
       
  13. Kenapa aplikasi SYOK tertutup secara tiba-tiba? 
    • Aplikasi SYOK korang mungkin tertutup secara tiba-tiba disebabkan oleh keadaan peranti yang mengawal aplikasi background lain seperti penggunaan fungi Power Management dan mod Battery Saver. Jadi, semak tetapan peranti dan benarkan aplikasi SYOK untuk berfungsi secara background, so korang boleh layan aplikasi SYOK tanpa sebarang gangguan.
       
  14. Kenapa radio pause dan kadang-kadang berhenti sendiri secara tiba-tiba? 
    • Jangan panik! Fungsi radio digital SYOK memerlukan sambungan internet secara berterusan. Jadi, aplikasi SYOK mungkin akan terganggu sekiranya peranti korang kehilangan sambungan internet atau korang berada dalam kawasan yang tidak mempunyai sambungan internet. Oleh itu, sila cuba sekali lagi apabila korang berada di tempat yang mempunyai sambungan internet yang lebih baik.
       
  15. Mengapa waktu Zon Solat saya tidak tepat?
    • Aplikasi SYOK menerima maklumat waktu solat berdasarkan zon yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan ia bergantung kepada data e-Solat (https://www.e-solat.gov.my/) pada waktu tersebut. Anda juga boleh menetapkan lokasi anda secara manual dalam aplikasi ini untuk memastikan ketepatan waktu yang lebih baik.
       
  16. Pengumuman Azan di aplikasi SYOK.
    •  Stesen radio kami di aplikasi SYOK disiarkan dengan kelewatan sekitar 1 hingga 2 minit, yang mana boleh menyebabkan pengumuman azan turut tertangguh. Untuk mendapatkan waktu solat yang tepat, anda boleh membenarkan notifikasi Zon Solat dalam aplikasi SYOK atau melayari laman web e-Solat (https://www.e-solat.gov.my/) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).