Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Everton Menang, Akhirnya...

everton menang, akhirnya...

Everton memulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dengan bergaya sehingga menduduki tangga teratas.

Advertisement

Namun, ketika peminatnya belum sempat meraikan 'kejutan' itu, Everton tiba-tiba sahaja hilang arah sehingga terus tercicir mata dalam saingan.

everton menang, akhirnya...

Walaubagaimanapun, EPL yang menyambung aksi pada hujung minggu selepas berehat 2 minggu menyaksikan Everton akhirnya tamatkan kemarau kemenangan mereka - The Toffees kalahkan tuan rumah, Fulham 3-2.

Penyerangnya, Dominic Calvert-Lewin jaringkan 2 gol manakala gol kemenangan dijaringkan oleh pemain tengah, Abdoulaye Docoure.

Calvert-Lewin kini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 10 gol selepas 9 perlawanan.

Dia mengatasi pencabar terdekatnya, Son Heung Min daripada Tottenham dengan 1 gol manakala bintang Liverpool, Mohamed Salah dan Jamie Vardy terikat di tempat ke-3 dengan 8 gol.

everton menang, akhirnya...

Pengurus Everton, Carlo Ancelotti berharap penyerangnya itu mampu kekalkan prestasi konsistennya musim ini.

Jelas pengendali kelahiran Itali itu, Calvert-Lewin semakin fokus ketika berada dalam kotak penalti dalam usaha menjaringkan gol sekaligus membantu Everton untuk terus catat kemenangan.

Sebelum ini, Everton seri dengan Liverpool 2 sama sebelum tewas 3 perlawanan berturut-turut.

Skuad kendalian Ancelotti itu tewas 2 perlawanan di tempat lawan iaitu 0-2 kepada Spouthampton dan 1-2 kepada Newcastle sebelum Manchester United  benam The Toffees di laman sendiri 3-1.

everton menang, akhirnya...

Harap-harap Everton boleh terus catat kemenangan selepas ini memandangkan tonggak tengahnya James Rodriguez semakin pulih daripada kecederaan dan Richarlison pula sudah bebas daripada penggantungan perlawanan.

Dengan prestasi memberangsangkan Calvert-Lewin ketika ini, tak mustahil Everton boleh bersaing untuk merebut kelompok 4 teratas untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Oleh: Karami Kamel

Advertisement