Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Wanita Maut Setelah Dibedah 'Guard' Yang Menyamar Jadi Doktor

Seorang wanita warga emas meninggal dunia di sebuah hospital di India setelah menjalani pembedahan yang sebenarnya dilakukan bekas pengawal keselamatan yang menyamar sebagai doktor.

wanita maut setelah dibedah 'guard' yang menyamar jadi doktor

Wanita itu yang berusia 80, meninggal dunia pada Ahad, dua minggu selepas suspek cuba merawat luka di belakangnya.

Advertisement

Menurut jurucakap hospital berkenaan, mereka tidak dapat mengenal pasti jenis pembedahan yang diberikan suspek selain memberi alasan saiz hospital yang besar menyukarkan mereka untuk melakukan pemantauan.

“Kami tidak dapat mengikuti apa yang dilakukan setiap doktor dan apa yang dilakukan setiap orang setiap masa.

“Hospital ini besar,” ujar pegawai pentadbiran hospital tersebut yang ingin identitinya dirahsiakan.

Difahamkan bahawa keluarga mangsa membayar suspek yang menyamar untuk pembedahan tersebut berserta dua kali lawatan ke rumah pesakit untuk tujuan membalut luka.

Tetapi, pendarahan dan kesakitan yang dialami mangsa menjadi semakin teruk, menyebabkan keluarga mangsa kembali membawanya ke hospital.

Mayat mangsa ditahan untuk proses bedah siasat bagi memastikan sekiranya benar kematian mendiang adalah disebabkan komplikasi berikutan pembedahan tersebut.

“Pengawal itu telah didakwa dan berada dalam tahanan polis,” kata jurucakap polis, Ali Safdar.

Selain itu, Ali turut memaklumkan bahawa ini bukanlah kali pertama suspek pernah menyamar sebagai doktor.

Terdahulu, suspek pernah melakukan kunjungan ke rumah pesakit lain.

Menurut pihak hospital terbabit, suspek telah dipecat dua tahun lalu kerana cubaan memeras ugut wang daripada pesakit.

 

Sumber: [1]

Related Article

Advertisement