
Ini merupakan kes pertama Covid-19 di United Kingdom yang membabitkan kucing peliharaan.
Advertisement
Difahamkan, kucing ini mendapat jangkitan dari tuannya yang juga positif Covid-19.
Pada awalnya, kucing ini didiagnosis dengan virus herpes, iaitu jangkitan pernafasan kucing biasa namun selepas membuat ujian Covid-19 kucing ini disahkan positif Covid-19.
Bagaimanapun, kucing serta pemilik kucing itu dilaporkan telah pun sembuh dan kini bebas Covid-19. Kedua-duanya dilaporkan tida menjangkiti mana-mana haiwan atau individu lain.
Menurut Ketua Pegawai Veterinar UK. Prof Christine Middlemiss, masih tiada bukti haiwan peliharaan dapat menyebarkan virus tersebut kepada manusia. Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap kes ini, penyebaran Covid-19 adalah berpunca dari manusia ke haiwan dan bukan sebaliknya.
Pengarah perubatan di Public Health England, Yvonne Doyle, mengingatkan orang ramai agar sentiasa mencuci tangan selepas bersentuhan dengan binatang peliharaan.
Sumber: Daily Star