
Berita sedih buat semua peminat bola sepak tempatan.
Advertisement
Akhirnya saingan Piala Malaysia musim ini dibatalkan selepas hanya 1 perlawanan ekoran keputusan Majlis Keselamatan Negara menolak rayuan MFL dan FAM yang ingin meneruskan saingan itu.

Ketua Pengarah Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata pihaknya akur dengan saranan kerajaan yang tidak membenarkan saingan itu diteruskan sepanjang tempoh PKPB di hampir seluruh negara sehingga 6 Disember depan, biarpun hanya berbaki 7 perlawanan keseluruhan.
Jelasnya, ia bagi menjamin keselamatan dan kesihatan semua pihak daripada jangkitan COVID-19.
Datuk Ab Ghani berkata saingan Piala Malaysia itu juga tidak boleh ditangguhkan lagi memandangkan secara amnya, kontrak pemain bersama pasukan masing-masing akan tamat pada 30 November.

Dalam pada itu, Datuk Ab Ghani turut mengesahkan pasukan Terengganu FC meraih slot ke saingan Piala AFC 2021.
Slot tersebut yang seharusnya menjadi milik juara Piala Malaysia diberikan kepada skuad Penyu yang menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ke-3.
Ini merupakan kali pertama Piala Malaysia tidak miliki juara sejak tahun 1947.
Pada 1942 hingga 1947 Piala Malaysia tidak dapat dianjurkan ekoran Perang Dunia ke-2.
Oleh kerana saingan Piala Malaysia telah dibatalkan, semua pasukan Liga Malaysia boleh lah buat persiapan untuk saingan musim depan.
Walaupun pembatalan saingan Piala Malaysia musim ini bukan yang diingini ramai pihak, keputusan itu terpaksa dibuat demi keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia daripada wabak COVID-19.

Oleh: Karami Kamel