Gara-gara stres terhadap majikannya, seorang wanita di Bangkok, Thailand bertindak membakar gudang minyak milik majikannya itu sehingga menimbulkan kekecohan.

Kejadian malang itu berlaku di sebuah gudang penyimpanan minyak di wilayah Nakhon Pathom.
Advertisement
Pembakar gudang itu bernama Sirisini atau Ann Sriya dan merupakan seorang pekerja wanita berusia 38 tahun.
Semua aksinya berjaya dirakam kamera pemerhati bermula daripada menyalakan api.
Wanita itu mengakui masalah ini bermula apabila dia berasa kecewa dengan rungutan berterusan daripada ketuanya.
Dia mengakui keadaan bekerja juga menjadi punca utama dia membakar gudang minyak milik majikannya itu sehingga menyebabkan kerugian beratus juta ringgit dan puluhan jentera bomba dikerahkan untuk memadamkan api yang marak.
Dia akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan dua hari selepas kejadian tersebut di rumahnya dan mengaku melakukan pembakaran itu ketika disoal siasat.
Dia memberi alasan bahawa majikannya sering menegurnya kerana dianggap sebagai pekerja berkemampuan rendah sehingga menyebabkan dia berasa tertekan setiap hari.
Tetapi dia tidak menyangka kebakaran yang dia mulakan itu akan menyebabkan tahap kerosakan sehingga sebegitu teruk.
Difahamkan, ini merupakan kebakaran kedua yang berlaku di gudang terbabit namun Sriya akan tetap dipertanggungjawabkan oleh pihak berkuasa atas perbuatannya itu.
Sumber: [1]